Assalamualaikumwarahmmatullahiwabarakatuh..
Lama rasanya tak update blog aku ni. Bukannya apa, sikap malas yang tepu
membelenggu diri aku ni. Disebabkan itu, aku pn mengambil keputusan untuk update entri
baru dengan harapan akan ada seri dalam blog aku ni, insyaAllah.
Kali ini, aku mahu mencoretkan sesuatu perkara yang mungkin
dpandang remeh oleh individu lain, tetapi bukan bagi diri aku. Pernah dengar istilah “orang buta seni?”
Apa itu yang dikatakan buta seni? Seni?
Bukankah banyak bidang seni. Ok2,
aku terangkan disini.
Seni itu banyak cabangnya. Contohnya, seni suara, seni tari, seni kraftangan dan
sebagainya. Tidak hanya tertumpu pada seni lukis sahaja.
Aku dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana, mementingkan
pelajaran dan agama. Alhamdulillah,
keluarga sangat memberi galakan untuk aku terus maju dalam bidang pelajaran
kerana bagi mereka dengan pelajaranlah darjat seseorang itu akan diangkat bukan
sahaja di dunia malah diakhirat kelak.
Aku mengambil semangat mamaku untuk terus berjaya walaupun agak sukar
bagiku untuk mengikuti jejak langkahnya kerana aku tahu aku tidak sekuat
beliau. Di usia beliau yang sudah
mencecah 40-an, beliau masih mempunyai semangat yang tinggi untuk terus menimba
ilmu. Aku sangat kagum dengan
kesungguhan beliau. Congrates mama!!
Tapi apa kaitannya dengan seni? Sebenarnya, aku adalah seorang yang boleh
dikatakan buta seni. Ini kerana aku
memang failed lah dalam bab seni ni.
Dari kecik dulu kalau ada ujian pendidikan seni di sekolah, aku tidak
pernah dapat A dalam matapelajaran ni.
Kiranya, memang tak pandai langsung nak melukis. Sehinggakan mama pernah menghantar aku dan
adikku ke kelas lukisan. Yang paling
menyedihkan, lukisan aku tidak pernah ditampal untuk tatapan pengunjung di
situ. Lebih menyedihkan, lukisan adik
aku yang mendapat perhatian. Tapi pada
masa tu, aku tak pula rasa marah atau kecil hati sebab aku tak pernah kisah
akan bidang ini. Tapi bila diingat
kembali, malu dan kecewa ada jugak. Mana
tak nya, kalah dengan adik sendiri.
Sebagai seorang anak, aku amat menghargai jasa orang tua aku menghantar aku ke
kelas lukisan itu. Kebetulan dalam
keluarga pun, belum ada diantara kami yang menceburi bidang seni.
Pada suatu hari, aku keluar bersama keluarga ke sebuah
tempat membeli belah. Dalam kesempatan
menunggu adik aku memilih kasut, aku terpandang pelukis potret yang sedang
melukis disitu. Cara melukisnya biasa
sahaja, tetapi mungkin hasil tangan dan keikhlasan beliau membuatkan lukisannya
sangat cantik. Bermula dari situ, aku
teringat satu peristiwa yang sangat memberi kesan dalam hidup aku sehingga ke
hari ini. Kisahnya, semasa aku menuntut
di tahun satu di sekolah rendah. Semua
murid ditugaskan untuk membuat lukisan berdasarkan teknik kolaj. (kolaj ke??agaknyalah). Oleh kerana aku memang tak tahu langsung
mengenai lukisan ini lalu mama pun mengambil majalah lama dan mengguntingkan
aku tiga jenis bentuk buah-buahan. Kalau tak salah buah anggur, mangga dan
epal. Mama juga buatkan aku bakul dan
daun supaya aku senang untuk menghias.
Apabila sampai kat sekolah, aku pun mula tampal kolaj
tersebut. Dengan usaha aku yang sedikit
itu, dan tidak disangka-sangka lukisan aku ditampal di belakang kelas. Gembira tak terkatalah pada masa itu. Aku balik rumah, aku pun beritahu mama dan
mama sangatlah hepi masa tu. Tapi pada
keesokan harinya, ada seorang cikgu ni, (nama dirahsiakan..he3..) kutuk
lukisan aku. Sedih sangat aku. Bila ditanya, aku jawab yang mama aku yang
guntingkan untuk aku. Budak kecik manalah
tahu nak menipu. Aku pun balik mengadu
kat mama dengan papa aku. Yang buat aku
terharu, mereka suruh aku tampal lukisan tu kat bilik tidur. Mungkin nak mengambi hati aku. Sejak dari itu, aku benci melukis.
Orang perempuan mesti pandai menggubah bunga, buat bunga
telur, kiranya semua seni mesti perempuan tahu buat. Tetapi tidak bagi aku. Kalau kahwin, mesti kebanyakkan perempuan
akan buat hantaran sendiri, tapi aku mungkin akan suruh orang lain
buatkan. Hehehehe.. Jealous jugak tengok orang pandai lukis ni. Rasa rendah diri sangat. Kadang-kadang tu rasa nak pinjam je tangan
orang lain.
Tetapi sesuatu yang mungkin umum perlu tahu, masakan,
jahitan, nyanyian dan tarian juga
termasuk dalam seni. Aku boleh dikatakan
pandai memasak. Sebenarnya, tak da lah
pandai sangat. Cukup untuk kenyangkan
perut sendiri tu pun kira baguslah.
Almaklumlah, anak sulong perempuan tunggal dalam keluarga, mesti diajar
masak. Bab jahitan pulak, aku kurang
berminat. Kalau nak tahu mama pandai
mengait. Pernah la sekali dua aku
belajar, tetapi hasilnya sangat mengecewakan.
Nyanyi adalah hobi aku. Boleh
dikatakan setiap hari aku nyanyi.
Walaupun bakat nyanyian ni tak boleh nak dikomersialkan kerana suara aku
ni tak ubah macam suara katak panggil hujan, tapi ok lah untuk sedapkan telinga sendiri dan menghiburkan hati. So, ada jugak lah bidang seni yang meresap
dalam diri aku. Hehehehe...
Ini mungkin kekurangan yang aku miliki, tetapi aku bangga jadi
diri sendiri walaupuan aku ni sorang yang selalu rasa rendah diri. Berbangga untuk diri sendiri je lah. Betul kata orang, semua manusia ada kelebihan
masing-masing. Tiada satu pun ciptaan
Allah yang sia-sia. Lalang tu pun kalau
orang terus mengkaji kegunaannya, mesti jumpa dan bakal memberikan manfaat
kepada semua. Aku masih mencari dan
terus mencari kelebihan yang ada dalam diri aku. Dalam pencarian, macam-macam kenangan dan
pengalaman aku timba. Pengalaman itu
tidak akan terjadi selagi kita tak mengalaminya.
Sebagai manusia, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita
ada. Tiada manusia yang sempurna kerana
kita bukan dilahirkan maksum. Apa yang
boleh kita buat, berikan yang terbaik pada orang disekeliling kita dan berusaha
keras untuk mencapai sesuatu. Aku pun
bukan bagus, tetapi dengan memberi galakan pada orang lain, dalam masa yang
sama aku turut memberi motivasi pada diri aku sendiri.
Ok lah. Hari pun da
lewat. Aku nk tido. Hehehehe..
kepada mereka yang sudi baca entri aku malam ni, ucapan jutaan terima
kasih aku ucapkan.
Salam sayang,
Intan Maria
gambar sekadar hiasan....