Saturday 27 October 2012

Cerita Aku..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....
Jawab tau! tak jawab, dosa!!

Dah lama sangat aku tak mencoret apa-apa kat blog aku ni.  Maklumlah, kekangan masa dan kemudahan wifi yang sekejap ok, sekejap ko.  Alhamdulillah, hari ini aku berada di kampung kesayangan aku, Batu Pahat, Johor bagi meraikan Hari Raya Aidiladha bersama mama tercinta selepas aku tak dapat meraikan bersama mama tahun sebelum ni kerana kehabisan tiket, hehehehe...  Juadah Hari Raya Aidiladha tahun ni simple je iaitu nasi tomato.  Aku pun belajar lah masak nasi tomato.  Sedap tau!! hehehehe..  Batu Pahat, tempat jatuh lagikan dikenang.  Walaupun aku tak dilahirkan di Batu Pahat ni, tetapi dalam banyak-banyak tempat kat dunia ni, Batu Pahat la yang paling best.  Tak percaya, meh la datang sini, hehehehe... (banyak pulak aku merepek ye!)

Aku agak sibuk kebelakangan ini.  Dengan assignment yang makin bertambah, kuiz, test yang perlu dihabiskan sebelum datangnya study week.  Lagi 3 minggu nak final exam.  Banyak perkara kena fikir.  Tapi aku ni releks je orangnya.  Study biasa-biasa je.  Suka buat kerja last minute.  Tabiat yang kurang elok sebenarnya.(da tahu tak elok, yang kau buat jugak kenapa labu oii??)

Setelah banyak merepek, aku nak cerita sedikit lah tentang hidup aku sepanjang tahun ni.  Awal tahun haritu, aku menjalani Latihan Industri di Majlis Perbandaran Batu Pahat.  Best sangat!!  Kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan.  Pelbagai pengalaman pahit dan manis aku dapat.  Dapat kawan-kawan yang sama praktikal dengan aku walaupun mereka datang dari Institusi IPT yang berbeza.  Tapi mereka memang OWESOME!!! (credit to Kak Mira, Yati, Kak Lynda, Kak Nurul dan Kak Diyana).  Selalu makan sama-sama, ngumpat kak kiah sama-sama.  Ops!! kantoi sudah, hehehe...  Kenal dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang yang berbeza.  Dari sini, aku mempelajari ilmu yang sebelum ini aku tak pernah tahu.  Dan alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan aku, aku berjaya menamatkan praktikal aku dengan keputusan cemerlang.  Suka sangat!!!  Terima kasih kepada mama yang banyak bagi semangat, kak ita, kak eton, kak yati, kak azah, kak ani, encik Ipin, encik Kamal, encik Azam, encik Esa dan Kak Shidah yang memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada aku, kak Su dan Mak mah yang selalu ajak aku makan sehingga berat badan aku naik sehingga 5kg, hehehehe dan kepada semua warga MPBP yang baik-baik, cantik-cantik dan sporting-sporting.  Kalian selalu dihati.

Seterusnya, aku pun amik keputusan untuk belajar drive.  Amik lesen kereta la ni.  Alhamdulillah, aku berjaya dapat lesen kereta walaupun masa belajar selalu kena tegur sebab enjin selalu mati kat simpang.  yeay!!!.  Lepas ni boleh lah drive jauh-jauh.  Sampai Mekkah, insyaAllah. (berangan je lebih, hehehehehe.. orang pergi Mekkah naik kapal terbang la sayang oii!!)

Lepas dah habis praktikal aku sambung pengajian aku di semester 5.  Subjek sem ni susah jugak lah.  Mencabar minda.  Lebih-lebih lagi subjek business account.  Dengan aku yang tak da basic account, sekali kena amik account sem ni.  Amekaw!!! Memang giler la!!!  Aku tak pernah rasa susah dalam pelajaran walaupun masa SPM dulu aku rasa addmath da susah tapi account ni lagi susah.  Sebenarnya, tak lah susah sangat.  Aku da try fahamkan.  Tapi mungkin -ve thinking, buat aku rasa nak menangis setiap kali lecturer bagi latihan.  Kadang-kadang tu, mengalir airmata ni memikirkan susahnya nak buat account ni sebenarnya.

Lepas ni, nak cerita pasal raya pulak.  Raya tahun ni sama macam raya tahun-tahun yang sebelumnya.  Tak sempat pun nak beraya rumah kawan-kawan.  Baju raya pun biasa-biasa je.  Maklumlah, da besar agaknya.  Tu yang rasa raya ni biasa je.  Meh lah tengok gambar raya aku.


 Yang ni gambar formal.  Semua cover cun dan handsome.


Yang ni gambar candid.  


Haa... Yang ni special sikit sebab ni semua cucu perempuan Arwah Cikgu Talib dan Arwah Mak Cik Kepol.  Cucu yang latest, Husna je yang tak da sebab mak andak dan family raya di rumah mertua di Parit Sulong.


Raya pertama di Batu Pahat, raya kedua kami satu keluarga ke Kota Tinggi, rumah saudara sebelah arwah abah (atok saya ler...).  Best sangat dapat kumpul ramai-ramai.  Walaupun aku ni boleh dikatakan tak layak dapat duit raya, aku dapat jugak.  Alhamdulillah, rezeki Allah.  Beberapa hari lepas tu, aku pun pulang ke Kuantan semula untuk menyambung apa yang perlu disambung, hehehehe..

Ini sahaja lah yang aku boleh kongsi.  Banyak sebenarnya, tapi malas pulak rasa, hehehe.  InsyaAllah, bila diberi masa dan kelapangan aku akan coretkan lagi cerita aku kat sini.

Salam Sayang,
Intan Maria