Wednesday 11 July 2012

Buta Seni???


Assalamualaikumwarahmmatullahiwabarakatuh..

Lama rasanya tak update blog aku ni.  Bukannya apa, sikap malas yang tepu membelenggu diri aku ni. Disebabkan itu,  aku pn mengambil keputusan untuk update entri baru dengan harapan akan ada seri dalam blog aku ni, insyaAllah.

Kali ini, aku mahu mencoretkan sesuatu perkara yang mungkin dpandang remeh oleh individu lain, tetapi bukan bagi diri aku.  Pernah dengar istilah “orang buta seni?”

Apa itu yang dikatakan buta seni?  Seni?  Bukankah banyak bidang seni.  Ok2, aku terangkan disini.
Seni itu banyak cabangnya.  Contohnya, seni suara, seni tari, seni kraftangan dan sebagainya. Tidak hanya tertumpu pada seni lukis sahaja. 

Aku dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana, mementingkan pelajaran dan agama.  Alhamdulillah, keluarga sangat memberi galakan untuk aku terus maju dalam bidang pelajaran kerana bagi mereka dengan pelajaranlah darjat seseorang itu akan diangkat bukan sahaja di dunia malah diakhirat kelak.  Aku mengambil semangat mamaku untuk terus berjaya walaupun agak sukar bagiku untuk mengikuti jejak langkahnya kerana aku tahu aku tidak sekuat beliau.  Di usia beliau yang sudah mencecah 40-an, beliau masih mempunyai semangat yang tinggi untuk terus menimba ilmu.  Aku sangat kagum dengan kesungguhan beliau.  Congrates mama!!

Tapi apa kaitannya dengan seni?  Sebenarnya, aku adalah seorang yang boleh dikatakan buta seni.  Ini kerana aku memang failed lah dalam bab seni ni.  Dari kecik dulu kalau ada ujian pendidikan seni di sekolah, aku tidak pernah dapat A dalam matapelajaran ni.  Kiranya, memang tak pandai langsung nak melukis.  Sehinggakan mama pernah menghantar aku dan adikku ke kelas lukisan.  Yang paling menyedihkan, lukisan aku tidak pernah ditampal untuk tatapan pengunjung di situ.  Lebih menyedihkan, lukisan adik aku yang mendapat perhatian.  Tapi pada masa tu, aku tak pula rasa marah atau kecil hati sebab aku tak pernah kisah akan bidang ini.  Tapi bila diingat kembali, malu dan kecewa ada jugak.  Mana tak nya, kalah dengan adik sendiri.  Sebagai seorang anak, aku amat menghargai jasa orang tua aku menghantar aku ke kelas lukisan itu.  Kebetulan dalam keluarga pun, belum ada diantara kami yang menceburi bidang seni.

Pada suatu hari, aku keluar bersama keluarga ke sebuah tempat membeli belah.  Dalam kesempatan menunggu adik aku memilih kasut, aku terpandang pelukis potret yang sedang melukis disitu.  Cara melukisnya biasa sahaja, tetapi mungkin hasil tangan dan keikhlasan beliau membuatkan lukisannya sangat cantik.  Bermula dari situ, aku teringat satu peristiwa yang sangat memberi kesan dalam hidup aku sehingga ke hari ini.  Kisahnya, semasa aku menuntut di tahun satu di sekolah rendah.  Semua murid ditugaskan untuk membuat lukisan berdasarkan teknik kolaj.  (kolaj ke??agaknyalah).  Oleh kerana aku memang tak tahu langsung mengenai lukisan ini lalu mama pun mengambil majalah lama dan mengguntingkan aku tiga jenis bentuk buah-buahan. Kalau tak salah buah anggur, mangga dan epal.  Mama juga buatkan aku bakul dan daun supaya aku senang untuk menghias. 

Apabila sampai kat sekolah, aku pun mula tampal kolaj tersebut.  Dengan usaha aku yang sedikit itu, dan tidak disangka-sangka lukisan aku ditampal di belakang kelas.  Gembira tak terkatalah pada masa itu.  Aku balik rumah, aku pun beritahu mama dan mama sangatlah hepi masa tu.  Tapi pada keesokan harinya, ada seorang cikgu ni, (nama dirahsiakan..he3..) kutuk lukisan aku.  Sedih sangat aku.  Bila ditanya, aku jawab yang mama aku yang guntingkan untuk aku.  Budak kecik manalah tahu nak menipu.  Aku pun balik mengadu kat mama dengan papa aku.  Yang buat aku terharu, mereka suruh aku tampal lukisan tu kat bilik tidur.  Mungkin nak mengambi hati aku.  Sejak dari itu, aku benci melukis. 

Orang perempuan mesti pandai menggubah bunga, buat bunga telur, kiranya semua seni mesti perempuan tahu buat.  Tetapi tidak bagi aku.  Kalau kahwin, mesti kebanyakkan perempuan akan buat hantaran sendiri, tapi aku mungkin akan suruh orang lain buatkan.  Hehehehe..  Jealous jugak tengok orang pandai lukis ni.  Rasa rendah diri sangat.  Kadang-kadang tu rasa nak pinjam je tangan orang lain. 

Tetapi sesuatu yang mungkin umum perlu tahu, masakan, jahitan, nyanyian  dan tarian juga termasuk dalam seni.  Aku boleh dikatakan pandai memasak.  Sebenarnya, tak da lah pandai sangat.  Cukup untuk kenyangkan perut sendiri tu pun kira baguslah.  Almaklumlah, anak sulong perempuan tunggal dalam keluarga, mesti diajar masak.  Bab jahitan pulak, aku kurang berminat.  Kalau nak tahu mama pandai mengait.  Pernah la sekali dua aku belajar, tetapi hasilnya sangat mengecewakan.  Nyanyi adalah hobi aku.  Boleh dikatakan setiap hari aku nyanyi.  Walaupun bakat nyanyian ni tak boleh nak dikomersialkan kerana suara aku ni tak ubah macam suara katak panggil hujan, tapi ok lah untuk sedapkan  telinga sendiri dan menghiburkan hati.  So, ada jugak lah bidang seni yang meresap dalam diri aku.  Hehehehe...

Ini mungkin kekurangan yang aku miliki, tetapi aku bangga jadi diri sendiri walaupuan aku ni sorang yang selalu rasa rendah diri.  Berbangga untuk diri sendiri je lah.  Betul kata orang, semua manusia ada kelebihan masing-masing.  Tiada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia.  Lalang tu pun kalau orang terus mengkaji kegunaannya, mesti jumpa dan bakal memberikan manfaat kepada semua.  Aku masih mencari dan terus mencari kelebihan yang ada dalam diri aku.  Dalam pencarian, macam-macam kenangan dan pengalaman aku timba.  Pengalaman itu tidak akan terjadi selagi kita tak mengalaminya.

Sebagai manusia, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.  Tiada manusia yang sempurna kerana kita bukan dilahirkan maksum.  Apa yang boleh kita buat, berikan yang terbaik pada orang disekeliling kita dan berusaha keras untuk mencapai sesuatu.  Aku pun bukan bagus, tetapi dengan memberi galakan pada orang lain, dalam masa yang sama aku turut memberi motivasi pada diri aku sendiri. 

Ok lah.  Hari pun da lewat.  Aku nk tido.  Hehehehe..  kepada mereka yang sudi baca entri aku malam ni, ucapan jutaan terima kasih aku ucapkan. 


Salam sayang,
Intan Maria



gambar sekadar hiasan....